Nantikan
drama bersiri adaptasi novel Dia Anak Jeneral karya Hezzy Azra. Menampilkan
gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama. Drama bersiri 26
episod ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan akan bersiaran mulai 24 Januari
ini, setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Selekta Prima di RTM-TV2.
JUDUL
: DIA ANAK JENERAL
JUMLAH
EPISOD : 26 episod
TARIKH
BERMULA TAYANGAN : 24 Januari 2018
WAKTU
SIARAN : Rabu & Khamis, 8:30 malam
SIARAN
TV : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
DURASI
TAYANGAN : 1 jam
PENULIS
NOVEL : Hezzy Azra
PENGARAH
: Khalid Nadzri
TERBITAN
: A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON
: Niena Baharun, Fattah Amin, Aida
Khalida, Dato Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan
Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad
Anuar, Azam Pitt, Mimi Ernida, Shafiq Bakhri, Hafiz Nolan DFKL, Taha Wahid, Mak
Wan Latah, Elya Miera
WATAK
PELAKON
Fattah
Amin sebagai Zakhif
Niena
Baharun sebagai Syirin
Datuk
Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida
Khalida sebagai Noriah
Mas
Khan sebagai Nukman
Mimi
Ernida sebagai Diara
Fatimah
Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin
LAGU
TEMA / OST DIA
ANAK JENERAL :
Tajuk Lagu : Setia Menunggumu
Tajuk Lagu : Setia Menunggumu
Penyanyi :
Sabhi Saddi
SINOPSIS DIA ANAK
JENERAL
Mengisahkan
Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak
perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah
berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak
ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai
beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan
baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut
kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.
Syirin
ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan
Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan
keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman
sebagai bakal suami.
Zakhif,
seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah
Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin
kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk
menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa.
Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada
di dalam bilik air di biliknya.
Masalah
yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya.
Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan
masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif
hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau
kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja
pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang
padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin.
Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang
memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.
Syirin
berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan
keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’
terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak
dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah
perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau
terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa
dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih
sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan
Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia
sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.
Syirin
kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu
bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan
gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan
kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa
dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar
Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan
yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf.
Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan
Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.
Syirin
bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan
meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan
yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu
berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif
kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.
Dato
jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah
Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang
beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan
kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan
pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta
dalam rombongan meminang.
Adakah
hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?