Wednesday, September 26, 2018




Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling Aku Cinta karya Aii Fariza yang bakal bermula tayangan nya pada bulan Mac ini. Drama bersiri sebanyak 30 episod ini diarahkan oleh Ejump Mohd kerjasama terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd dan MIG Production Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Nazrief Nazri dan Bella Dally sebagai teraju yang bakal menemui penonton bermula 14 Mac 2018, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 7 malam di saluran Hypp Sensasi.


JUDUL  :  MAKMUM YANG PALING AKU CINTA 

JUMLAH EPISOD  :  30 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  14 Mac 2018
WAKTU SIARAN  :  Rabu – Khamis, 9:30 malam
SALURAN TV  :  Hypp Sensasi (UnifiTV)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Aii Fariza
PENULIS SKRIP  :  Panel Skrip Mangkin Prestij
PENGARAH  :  Mohd Zafizam         
                                                                     
TERBITAN :  Mangkin Prestij Sdn Bhd & MIG Production Sdn Bhd
PELAKON  :  Nazrief Nazri, Bella Dally, Aamin Rahim, Amreen Shukri, Badrul Amin, Carolina Binur, Dania Azmi, Aiyuni Hashim, Fahmy Reza, Nik Zam Firdaus, Farez Ridzwan, Firdaus Khardini, Faris Fitri, Aizat Hassan, Along Ezendy, Abil, Azzam Zamani, Khairul Bahri, Abdul Manan Sulaiman, Azhar Amir, Hilal Azman, Haeriyanto Hassan, Mior Hashim Manap, Lisdawati, Sharifah Shahora, Fiza Abdul Halim, Lana Nordin, Noniswara, Shakilla Khoriri, Sasqia Dahuri, Sri Nurmanis, Fimie Don, Shahfi Rafiq, Megat Shamsuddin, Lia Asmiza, Iskandar Ng, Jaafar Hassan, Nurinmisha, Puteri Rayyan Raqyqa

WATAK PELAKON
Nazrief Nazri sebagai Syed Amru Quraisy
Bella Dally sebagai Siti Nailufar
Aamin Rahim sebagai
Abdul Manan Sulaiman sebagai Dato Syed Helmi
Aizat Hassan sebagai Syed Hakimi
Along Ezendy sebagai Jailani
Amreen Shukri sebagai Azim
Azzam Zamani sebagai Farhan
Abil sebagai Wafi
Azhar Amir sebagai Dato Syed Qazim
Aiyuni Hashim sebagai Siti Nafisah
Fahmy Reza sebagai Mustafa
Faris Fitri sebagai Shukur
Fiza Abdul Halim sebagai Che Kiah
Fimie Don sebagai Syed Amzar
Farez Ridzwan sebagai Nabil
Haeriyanto Hassan sebagai Dato Syed Qassim
Sharifah Shahora sebagai Datin Amna
Megat Shamsuddin sebagai Pak Kader
Hilal Azman sebagai Haji Suffian
Mior Hashim Manap sebagai Hamdan
Lisdawati sebagai Syazlina
Badrul Amin sebagai Megat
Carolina Binur sebagai Sara
Dania Azmi sebagai Sharifah Adzra
Shakilla Khoriri sebagai Sharifah Adira
Khairul Bahri sebagai Tengku Karim
Noniswara sebagai Tengku Kursiah
Nurin Misha sebagai ibu Mustafa
Sasqia Dahuri sebagai Tengku Kirana
Jaafar Hassan sebagai ayah Mustafa
Iskandar Ng sebagai Safwan
Phirdaus Khardini sebagai Anaz
Lana Nordin sebagai Maizatul
Lisdawati sebagai Syazlina / Hazlina
Manis Azman sebagai Yuna
Shahfi Rafiq sebagai Hanif
Lia Asmiza sebagai Nasuha
Zarynn Min sebagai Dr Fatimah
Puteri Rayyan Rayqa sebagai Siti Nafisah (kecil)

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu  :  Tuhan Jagakan Dia
Penyanyi  :  Shiha Zikir

SINOPSIS  MAKMUM YANG PALING AKU CINTA 

Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat. Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

Kerana mahu membantu mamanya menggagalkan rancangan daddynya untuk menambah bilangan isteri, Syed Amru  terjebak dengan soal hati dan perasaan. Dia jatuh hati demi melihat seraut wajah calon isteri dambaan si daddy, Siti Nailufar (Lofa). Dan kerana salah faham & fitnah yg berlaku ketika Amru cuba mengenali Lofa, Amru nekad untuk terus  menikahi Lofa biarpun menyedari bahawa Lofa sebenarnya kurang upaya. Lofa bisu sebenarnya.

Perbezaan status & darjat menyukarkan jalan Amru.  Akhirnya pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Amru.... dan hakikat pernikahan rahsia ini juga tidak diketahui oleh keluarga Lofa.  Hakikatnya Amru tidak rintik seperti daddynya yg borek. Berkahwin biarlah sekali seumur hidupnya. Kekosongan jiwanya terisi dengan adanya Lofa sebagai pendamping. 

Hikmahnya, melalui perkahwinan tersebut, dia kembali menyembah kiblatnya, setelah sekian lama hidup dalam kelekaan dunia. Berganda damai yg dirasa. Lantas seluruh rasa kasih dicurahkan kepada sang isteri tanpa peduli apapun kekurangan yang Lofa miliki. Itulah kekasih awal & akhir. Kekurangan itu bukan kehendak Lofa yang azali tetapi terjadi kerana menyimpan suatu kisah duka yg misteri... kisah yang meletakkannya sukar menyisihkan mimpi daripada realiti.

Kerana dendam kesumat, Amru diburu seteru. Sedang dia mengecapi bahagia berumahtangga, onar datang melanda. Setelah cubaan membunuhnya gagal, Amru diperangkap pula dengan satu kes jenayah berat. Demi membebaskan diri daripada tuduhan, kebenaran akan status Lofa pula tersingkap.

No comments:

Post a Comment

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...