Wednesday, September 26, 2018




Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling Aku Cinta karya Aii Fariza yang bakal bermula tayangan nya pada bulan Mac ini. Drama bersiri sebanyak 30 episod ini diarahkan oleh Ejump Mohd kerjasama terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd dan MIG Production Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Nazrief Nazri dan Bella Dally sebagai teraju yang bakal menemui penonton bermula 14 Mac 2018, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 7 malam di saluran Hypp Sensasi.


JUDUL  :  MAKMUM YANG PALING AKU CINTA 

JUMLAH EPISOD  :  30 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  14 Mac 2018
WAKTU SIARAN  :  Rabu – Khamis, 9:30 malam
SALURAN TV  :  Hypp Sensasi (UnifiTV)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Aii Fariza
PENULIS SKRIP  :  Panel Skrip Mangkin Prestij
PENGARAH  :  Mohd Zafizam         
                                                                     
TERBITAN :  Mangkin Prestij Sdn Bhd & MIG Production Sdn Bhd
PELAKON  :  Nazrief Nazri, Bella Dally, Aamin Rahim, Amreen Shukri, Badrul Amin, Carolina Binur, Dania Azmi, Aiyuni Hashim, Fahmy Reza, Nik Zam Firdaus, Farez Ridzwan, Firdaus Khardini, Faris Fitri, Aizat Hassan, Along Ezendy, Abil, Azzam Zamani, Khairul Bahri, Abdul Manan Sulaiman, Azhar Amir, Hilal Azman, Haeriyanto Hassan, Mior Hashim Manap, Lisdawati, Sharifah Shahora, Fiza Abdul Halim, Lana Nordin, Noniswara, Shakilla Khoriri, Sasqia Dahuri, Sri Nurmanis, Fimie Don, Shahfi Rafiq, Megat Shamsuddin, Lia Asmiza, Iskandar Ng, Jaafar Hassan, Nurinmisha, Puteri Rayyan Raqyqa

WATAK PELAKON
Nazrief Nazri sebagai Syed Amru Quraisy
Bella Dally sebagai Siti Nailufar
Aamin Rahim sebagai
Abdul Manan Sulaiman sebagai Dato Syed Helmi
Aizat Hassan sebagai Syed Hakimi
Along Ezendy sebagai Jailani
Amreen Shukri sebagai Azim
Azzam Zamani sebagai Farhan
Abil sebagai Wafi
Azhar Amir sebagai Dato Syed Qazim
Aiyuni Hashim sebagai Siti Nafisah
Fahmy Reza sebagai Mustafa
Faris Fitri sebagai Shukur
Fiza Abdul Halim sebagai Che Kiah
Fimie Don sebagai Syed Amzar
Farez Ridzwan sebagai Nabil
Haeriyanto Hassan sebagai Dato Syed Qassim
Sharifah Shahora sebagai Datin Amna
Megat Shamsuddin sebagai Pak Kader
Hilal Azman sebagai Haji Suffian
Mior Hashim Manap sebagai Hamdan
Lisdawati sebagai Syazlina
Badrul Amin sebagai Megat
Carolina Binur sebagai Sara
Dania Azmi sebagai Sharifah Adzra
Shakilla Khoriri sebagai Sharifah Adira
Khairul Bahri sebagai Tengku Karim
Noniswara sebagai Tengku Kursiah
Nurin Misha sebagai ibu Mustafa
Sasqia Dahuri sebagai Tengku Kirana
Jaafar Hassan sebagai ayah Mustafa
Iskandar Ng sebagai Safwan
Phirdaus Khardini sebagai Anaz
Lana Nordin sebagai Maizatul
Lisdawati sebagai Syazlina / Hazlina
Manis Azman sebagai Yuna
Shahfi Rafiq sebagai Hanif
Lia Asmiza sebagai Nasuha
Zarynn Min sebagai Dr Fatimah
Puteri Rayyan Rayqa sebagai Siti Nafisah (kecil)

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu  :  Tuhan Jagakan Dia
Penyanyi  :  Shiha Zikir

SINOPSIS  MAKMUM YANG PALING AKU CINTA 

Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat. Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

Kerana mahu membantu mamanya menggagalkan rancangan daddynya untuk menambah bilangan isteri, Syed Amru  terjebak dengan soal hati dan perasaan. Dia jatuh hati demi melihat seraut wajah calon isteri dambaan si daddy, Siti Nailufar (Lofa). Dan kerana salah faham & fitnah yg berlaku ketika Amru cuba mengenali Lofa, Amru nekad untuk terus  menikahi Lofa biarpun menyedari bahawa Lofa sebenarnya kurang upaya. Lofa bisu sebenarnya.

Perbezaan status & darjat menyukarkan jalan Amru.  Akhirnya pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Amru.... dan hakikat pernikahan rahsia ini juga tidak diketahui oleh keluarga Lofa.  Hakikatnya Amru tidak rintik seperti daddynya yg borek. Berkahwin biarlah sekali seumur hidupnya. Kekosongan jiwanya terisi dengan adanya Lofa sebagai pendamping. 

Hikmahnya, melalui perkahwinan tersebut, dia kembali menyembah kiblatnya, setelah sekian lama hidup dalam kelekaan dunia. Berganda damai yg dirasa. Lantas seluruh rasa kasih dicurahkan kepada sang isteri tanpa peduli apapun kekurangan yang Lofa miliki. Itulah kekasih awal & akhir. Kekurangan itu bukan kehendak Lofa yang azali tetapi terjadi kerana menyimpan suatu kisah duka yg misteri... kisah yang meletakkannya sukar menyisihkan mimpi daripada realiti.

Kerana dendam kesumat, Amru diburu seteru. Sedang dia mengecapi bahagia berumahtangga, onar datang melanda. Setelah cubaan membunuhnya gagal, Amru diperangkap pula dengan satu kes jenayah berat. Demi membebaskan diri daripada tuduhan, kebenaran akan status Lofa pula tersingkap.




Nantikan drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Akan mula bersiaran pada 12 March, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL  :  TAK ADA CINTA SEPERTIMU

JUMLAH EPISOD  :  16 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  12 Mac 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 10:00 malam
SALURAN TV  :  Astro Ria & Astro Ria HD
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Anna Milia
PENGARAH  :  Jamal Khan
TERBITAN  :  Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON  :  Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Nazeera Sardi, Fadlan Hazim, Ruhainies, Nik Adam Mika, Puteri Rayyana Rayqa, Abil, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Suky San, Atoi Tohet, Mahmud Ali Bashah, Haleeda Mazlin, Ardell Aryana, Amir Farhan, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Sara Daewood, Abil, Dhia Ly, Jeff Hassan

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad 
Zahirah Macwilson sebagai Athea Irdeena
Nik Adam Mika sebagai Qaleef
Fikry Kiki sebagai Qayyum 
Ruhainies sebagai Bella 
Fadlan Hazim sebagai Azam 
Ardell Aryana sebagai Intan
Nazeera Sardi sebagai Abby
Hazman Al-Idrus sebagai Kamarul
Alif Muhaimin sebagai Hayuzi
Zarina Zainuddin sebagai Rohani
Zainol Macwilson sebagai Hassan
Mahmud Ali Bashah sebagai Sulaiman
Haleeda Mazlin sebagai Aminah
Sheela Mambo sebagai Fatimah
Atoi Tohet sebagai Fatah
Sara Daewood sebagai Fatin
Suky San sebagai Kamal
Abil sebagi Khalil
Dhia Ly sebagai Alia
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Aleesya

LAGU TEMA / OST
Tajuk Lagu  :  Hilang
Penyanyi  :  Marsha Milan

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea digunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.




Watak Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur akan menjadi fokus dalam drama istimewa 'Tok Adi' sebanyak 10 episod. Drama arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi oleh Izzue Islam, Saharul Ridzwa, Fouziah Gous dan Hamidah Wahad. Saksikannya mulai 5 Mac ini, disiarkan setiap Isnin pukul 9 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Maya HD saluran 135.

JUDUL  :  TOK ADI

JUMLAH EPISOD  :  10 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  5 Mac 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin, 9:00 malam
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
SIARAN TV :  Astro Oasis & Astro Maya HD
PENGARAH  :  Rashid Sibir
TERBITAN  :  Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON  :  Nasir Bilal Khan, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Fouziah Gous, Hamidah Wahab, Shahir Aniq, Syera Aiyob , Johan As'ari, Fathil Dani, Kismah Johar, Dato Rahim Razali, Mak Wan Latah, Ucop Wilcha, Aida Rahim, Omar Abdullah

WATAK PELAKON
Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
Izzue Islam sebagai Haikal
Saharul Ridzwan sebagai Hakim
Fouziah Gous sebagai Mariam
Hamidah Wahab sebagai Rosnah
Shahir Aniq sebagai Yunus
Usop Wilcha sebagai Tuan Rumah
Syera Aiyob sebagai Ayu
Johan As'ari sebagai Asyraf
Fathil Dani sebagai Taib
Omar Abdullah sebagai Dato Salleh
Aida Rahim sebagai  Datin Halimah
Kismah Johar sebagai Hasnah
Dato Rahim Razali sebagai Seman
Mak Wan Latah sebagai Kiah

SINOPSIS TOK ADI
Setelah kematian Rosnah, Tok Adi berubah menjadi seorang muslim yang penuh rasa marah pada Tuhan-nya. Cinta Tok Adi pada Rosnah terlalu kuat hingga dia berani mempersoalkan qadaq dan qadar Tuhan.





Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL  :  TIADA ARAH JODOH KITA

JUMLAH EPISOD  :  28 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  13 Februari 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 7:00 malam (Bermula 2 Mac 2018, slot Akasia diubah hari tayangan dari Isnin hingga Jumaat)
SALURAN TV  :  Slot Akasia TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Ezza Mysara
PENULIS SKRIP  :  Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH  :  Eoon Shuhaini
TERBITAN :  Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON  :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Azzam Zamani, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania Humairah, Alis Mariya, Azzam Zamani, Alis Mariya, Elfaezah Ul Haq, Halimah Naim, Rafe Sumanteri, Puteri Adrianna

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST TIADA ARAH JODOH KITA  :
Tajuk Lagu  :  Kau Takdirku
Penyanyi  : Dato Siti Nurhaliza

Tajuk Lagu  :  Rahsia Tuhan
Penyanyi  : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. 

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...