Thursday, December 28, 2017




Nantikan drama Cinta Hati Batu yang diadaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Diterajui oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Drama bersiri 20 episod ini mendapat sentuhan pengarah Amor Rizan. Bakal mengisi slot Lestary bermula 28 Disember 2017, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL  :  CINTA HATI BATU 

JUMLAH EPISOD :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  28 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Rabu & Khamis, 9:00 malam
SIARAN TV :  Slot Lestary TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL  :  Inawza Yusof
PENGARAH  :  Amor Rizan
TERBITAN  :  Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON  :  Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Indah Emeerlda, Nadiyah Shahab, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Fana Azizan, Ain Edruce, Ikhlas Jalil, Livonia Ricky Guing, Fadzil Hamdan, Azhar Amir, Mili Supina, Alif Hadi, Shazman Isaac, Saufi Ramli DFKL, Siraj Azman, Azzam Zamani, Ghufron Salim, Nisa Rissa, Mili Supina, Abby Nour

WATAK PELAKON 
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil

LAGU TEMA / OST CINTA HATI BATU  :
Tajuk Lagu  : Kata Akhirmu
Penyanyi  :  Ariff Bahran

SINOPSIS CINTA HATI BATU

Berkisar tentang Anith Fitriah (Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya.

Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia.

Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras.

Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?

Tuesday, December 26, 2017





Nantikan drama Kisah Yang Hilang yang akan mengisi slot Seramedi TV3. Membariskan pelakon seperti Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, dan Wan Gegau. Drama terbitan MIG Productions Sdn Bhd dibawah arahan Mohd Azaromi Ghozali. Drama Kisah Yang Hilang mula bersiaran 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL  :  KISAH YANG HILANG

JUMLAH EPISOD  :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  26 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Isnin – Rabu, 10.00 malam
SALURAN TV  :  Slot Seramedi TV3
PENULIS SKRIP  :  Panel Skrip MIG
PENGARAH  :  Mohd Azaromi Ghozali
TERBITAN  :  MIG Production Sdn Bhd
PELAKON  :  Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Elanie, Carolina, Adam Shah, Faris Fitri, Aida Othman, Putri Nur Qaseh, Syaa Nasir, Jaffar Hasan, Zul Genting, Daniel Fiq, Shukri Tahir, Wan Abdul Hadi, Maria Wati, Nana Lisa, Che Mat Raja Lawak, Tengku Fiella, Khalie Azmi, Putri Amirah, Amai Kamarudin, Rashidah Jaafar, Bella, Fify Azmi, Taufiq Hidayat, Kismah Johari, Yusri Salleh, Akmal Rahman, Shida Ali, Azlina Md Noor, Numan Salleh, Sheera Edora, Shazzy Edora, Mior Wan Fareez, Anuar Hamid Aziz, Aris Farhan, Nadhealee

WATAK PELAKON 
Izzue Islam sebagai Fattah Aqil
Eyka Farhana sebagai Suri Bakawali
Epy Kodiang sebagai Sabri
Wan Gegau sebagai Asmat
Aizat Hassan sebagai Johan
Fathil Dani sebagai Tok Penghulu
Elanie Idid sebagai Kesuma
Carolina Binur sebagai Nurul
Adam Shah sebagai Habib
Faris Fitri sebagai Dharma
Aida Othman sebagai Baizura
Putri Nur Qaseh sebagai Tini
Jaffar Hasan sebagai Kamal
Zul Genting sebagai Paksu
Daniel Fiq sebagai Wahyu
Shukri Tahir sebagai Azahari
Wan Abdul Hadi sebagai Amirul 
Maria Wati sebagai mak Fatin
Nana Lisa sebagai Fiqah
Che Mat Raja Lawak sebagai Tok Kening
Tengku Fiella sebagai Melati
Khalie Azmi sebagai Hanim
Putri Amirah sebagai Azmira
Amai Kamarudin sebagai Baihaqi
Rashidah Jaafar sebagai Mak Tom
Syaa Nasir sebagai Mila
Fify Azmi sebagai Hana
Taufiq Hidayat sebagai Hasbi
Kismah Johari sebagai Nekwok
Yusri Salleh sebagai Kazman
Akmal Rahman sebagai Raden
Shida Ali sebagai Meknak
Azlina Md Noor sebagai Kalin
Numan Salleh sebagai Tok Bakri
Sheera Edora sebagai Elly
Shazzy Edora sebagai Lisa
Mior Wan Fareez sebagai Muzir
Anuar Hamid Aziz sebagai Tok Sudir
Aris Farhan sebagai Shahrul
Nadhealee sebagai Azalia


LAGU TEMA / OST KISAH YANG  HILANG  :                                                                           Tajuk Lagu  :  Senandung Malam
Penyanyi  :  Waheeda feat Sedozen 


SINOPSIS KISAH YANG HILANG

Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi.

Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, computer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.




Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan yang mengisi slot Akasia TV3. Drama sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Pelakon utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce. Akan ditayangkan di TV3 bermula 26 Disember 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

JUDUL  :  KEKASIH PAKSA RELA

JUMLAH EPISOD  :  28 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  26 Disember 2017
WAKTU SIARAN :  Isnin - Khamis, 7:00 malam
SALURAN TV  :  Slot Akasia TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Nieza Nahar
PENGARAH  :  Idora Abdul Rahman
TERBITAN :  Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON  :  Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Dato Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan Latah

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Dato Jalaludin Hassan sebagai Dato Azman
Aman Gaseka sebagai Kamal
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
Emelda Rosemila sebagai Suraya
Fizz Fairuz sebagai Yusman
Fatin Afeefa sebagai Zilla
Khaty Azian sebagai Puan Zuraida
Nynaa Harizal sebagai Nonie
Wan Julia (Mak Wan) sebagai Mak Senah
Azhar Amir sebagai Dato Idrus
Sharifah Asyikin sebagai Reena
Feiyna Tajudin sebagai Juju

LAGU TEMA / OST 
KEKASIH PAKSA RELA  :

Tajuk Lagu  :  Pasti
Penyanyi  :  Cherpen Band


SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA

Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. 

Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. 

Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?





Drama bersiri Bilo Nogori Jupo Kelate arahan Amor Rizan akan mengisi slot Iris di TV3. Diterajui gandingan utama Nazrief Nazri dan Mia Ahmad. Drama romantik komedi arahan Amor Rizan.  Akan mula bersiaran pada 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

JUDUL  :  BILO NOGORI JUPO KELATE

JUMLAH EPISOD  :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  26 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 6:30 petang
SALURAN TV  :  Slot Iris TV3
DURASI TAYANGAN  :  30 minit
PENULIS SKRIP  :  Che Li
IDEA ASAL  :  Syarina Azizan
PENGARAH  :  Amor Rizan
TERBITAN  :  Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON  :  Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Datin Fadilah Mansor, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Hanna Aqeela, Adam Shadan DFKL, Tisha Shamsir Alam, Ieka Zulkifli, Mili Supina,, Shahril Nizam, Nik Alias Seman

WATAK PELAKON 
Nazrief Nazri sebagai Noah
Mia Ahmad sebagai Nik Safiya
Didie Alias sebagai Sarimah
Kuna Muzani sebagai Mek Nab
Fadilah Mansor sebagai Jamilah
Kamarool Haji Yusoff sebagai Pok Nik
Hanna Aqeela sebagai Syakira
Adam Shadan sebagai Abe Mat
Tisha Shamsir Alam sebagai Rara

LAGU TEMA / OST BILO NOGORI JUPO KELATE

Tajuk Lagu  :  Cuba Teka
Penyanyi  :  Tasha Manshahar & Syed Shamin

Tajuk Lagu  :  Gadis Jolobu
Penyanyi  :  WARIS feat Dato Hattan

Tajuk Lagu  :  Semakin Benci Semakin Rindu
Penyanyi  :  Fian Ali

Tajuk Lagu  :  Most Wanted
Penyanyi  :  WARIS

Tajuk Lagu  :  Oghe Kito
Penyanyi  :  Iwere

SINOPSIS BILO NOGORI JUPO KELATE

Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah?

Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?

Wednesday, December 20, 2017




Drama komedi 'Tuyul Ke London' akan menggantikan drama Saka Sisters dalam slot Skrin Komedia. Drama bersiri 24 episod ini memebariskan ramai pelawak tanah air seperti Atu Zero, Achey, Abam Bocik, dan AR.Badul. Drama Tuyul Ke London bersiaran bermula pada 20 Disember 2017, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di Astro Warna saluran 132 and Mustika HD saluran 124.

JUDUL  :  TUYUL KE LONDON

JUMLAH EPISOD  :  24 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  20 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Rabu - Jumaat, 9:00 malam
SALURAN TV  :  Astro Warna & Astro Warna HD
DURASI TAYANGAN  :  30 minit
PENULIS SKRIP  :  Ellyna Ahmad
IDEA ASAL  :  Shafirulnizam Haron
PENGARAH  :  Rosdi Md Dali
TERBITAN  :  Madness Films Sdn Bhd 
PELAKON  :  Atu Zero, Achey Bocey, Abam Bocik, Cita Citata, Aliff Syukri, Insyirah Syerry, Sharif Zero, Syaiful Zero, Bocil Saywho, Dzawin, Vicha Saywho, Kazar Saisi, Joey Daud, Ar Badul, Mat Dan, Ain Sufia, Man Raja Lawak, Adam Tahir, Alicia Amin, Melissa Tan


SINOPSIS TUYUL KE LONDON

Dua orang sahabat yang benasib malang dan sering dihina kerana miskin. Mereka kemudian merancang untuk menjadi kaya dengan jalan singkat iaitu dengan membela tuyul. Berjayakan rancangan mereka itu?

Sunday, December 17, 2017






RTM akan menyiarkan drama bersiri Aku Di Sisimu yang menampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama turut membariskan pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan Bahar. Akan menemui penonton bermula 17 Disember 2017, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam menerusi slot Widuri TV1.

JUDUL  :  AKU DI SISIMU

JUMLAH EPISOD  :  26 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN : 17 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Jumaat - Ahad, 7.00 malam
SIARAN TV  : Slot Widuri (TV1 – RTM)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Baizura Kahar
PENGARAH  :  Johan Bahar
TERBITAN :  KL Motion Pictures Sdn Bhd 
PELAKON  :  Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Mustaqim Mohamed, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Marup Mustapah, Mariyah Osman, Kamsiah Sajat, Rina Md Nawi, Syazliana Suhahaimi, Siti Zaleha Zolkeply, Mohd Shahrul Hakimi, Noor Shaida Ali Sabarmisi, Jeff Hassan, Hafizh Alias, Mak Wan Latah, Zulkifli Mohd Salleh

WATAK PELAKON
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Haeriyanto Hassan seabagi Nasa
Mustaqim Mohamed sebagai Raof
Azhan Rani sebagai Fazial
Fariz Isqandar sebagai Faris
Wan Rania sebagai Sarah
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Azzahra Ahmad sebagai Ummi
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Tuan Azril
Marup Mustapah sebagai Tengku Husin
Mariyah Osman sebagai ibu Ummi
Kamsiah Sajat sebagai ibu Laila
Rina Md Nawi sebagai Khaty Lana
Syazliana Suhahaimi sebagai Suria
Siti Zaleha Zolkeply sebagai Makni
Mohd Shahrul Hakimi sebagai Rostam
Noor Shaida Ali Sabarmisi sebagai Rosnah
Jeff Hassan sebagai ayah Laila
Hafizh Alias sebagai Shahril

LAGU TEMA / OST AKU DI SISIMU  :
Tajuk Lagu  :  Kita
Penyanyi  :  Nieyl Mentor

SINOPSIS AKU DI SISIMU

Kisah dilema yang dihadapi oleh Laila, seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.


Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara ‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi ditegah oleh suaminya.
Laila cuba bekerja tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan suaminya. Bapa Laila yang bersimpati dengan Laila yang tidak bekerja telah menyerahkan geran tanah supaya Laila menjual tanah tersebut bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital yang sama En. Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh. Dia yang mengetahui Mira menerima ‘VSS’ menyarankan supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin terus dijagai oleh Mira.

Laila yang mula bekerja terpaksa berkejar-kejar setiap hari untuk menguruskan anak-anak, menyiapkan kerja di pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital. Mira yang bersimpati dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual-bual. Mira memberitahu dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila tetapi tidak cukup modal kerana kosnya tinggi. Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapat sokongan daripada ayahnya. Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Pelbagai halangan terpaksa mereka lalui.

Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit?

Friday, December 15, 2017





Nantikan drama bertajuk Mek Gyver  terbitan A Aida Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Menampilkan pelakon Aisya Hasnaa sebagai watak utama Mek Gyver. Bermula tayangannya pada 15 Disember 2017, setiap hari Jummat jam 6.00 petang di saluran Salam HD (UnifiTV).

JUDUL  :  MEK GYVER

JUMLAH EPISOD  :  13 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  15 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Jumaat, 6:00 petang
SALURAN TV  :  Salam HD (UnifiTV)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Rosmadewi Zain
PENGARAH  :  Idora Abdul Rahman
TERBITAN :  A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON :  Aisyah Hasnaa, Reza Hasbi, Dottie Syuhaida Abraz, Afzan A.Rahman, Aman Graseka, Sheila Mambo, Aida Khalida, Marup Mustapha, Iwan Mohammad, Haikal Shauki

Wednesday, December 13, 2017





Nantikan drama bersiri Syurga Yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama rantaian 70 episod arahan sutradara Zamri Zakaria dan Bahri Uma Bajuri, terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Azizah Mahzan Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Tiara mulai 12 Disember 2017, disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima saluran 105 dan Astro Maya HD saluran 135

TAJUK  :  SYURGA YANG KEDUA
JUMLAH EPISOD  :  70 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  12 Disember 2017
HARI / MASA  :  Isnin -  Jumaat, 6:.00 petang
SALURAN  TV :  Astro Prima & Astro Maya HD
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH  :  Eoon Shuhaini / Zamri Zakaria
TERBITAN  :  OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON  :   Zarul Husin, Siti Elizad, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Doria Rachel Jolly, Tash Yong, Dato Jalaludin Hassan, Aziza Kazan, Ariff Aziz, Beego, Rykarl Iskandar, Idzham Ismail, Delimawati Ismail, Dian P.Ramlee, Badrul Muhayat, Nur Qistina Raisah, Ainin Batrisya, Afifah Nasir, Fana Azizan, Amir Nafis, Zarynn Min, Wan Nor Azlin, Abil Q, Azman Jantan, Noniswara, Nor Albaniah, Anne Arifin, Amanda Misbun, Raja Norbaizura, Zaid Zahari, Hendi Andalas, Harun Hashim, Azhar Amir

LAGU TEMA  :        
TajukLagu : Takdir                                                                                                                       Penyanyi  :  Dayang Nurfaizah

WATAK PELAKON 
Zarul Husin sebagai Daniel
Fasha Sandha sebagai Dr.Vanida/Vivy
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina
Azizah Mahzan sebagai Dato Sherry
Zaryn Min sebagai Sofea
Beego sebagai Azril
Dynas Mokhtar sebagai Delaila
Sheryy Ibrahim sebagai Ellis
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Daud
Fazlina Ahmad Daud sebagai Shidah 
Nur Qistina Raisah sebagai Puteri

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA


Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Alasan itu digunakan oleh ibu Danial untuk memaksa beliau berkahwin dengan doktor peribadinya Vivy. Daniel terpaksa akur dengan kehendak ibunya untuk berkahwin dengan Vivy tanpa pengetahuan Sabrina.

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...