Sunday, December 17, 2017






RTM akan menyiarkan drama bersiri Aku Di Sisimu yang menampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama turut membariskan pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan Bahar. Akan menemui penonton bermula 17 Disember 2017, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam menerusi slot Widuri TV1.

JUDUL  :  AKU DI SISIMU

JUMLAH EPISOD  :  26 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN : 17 Disember 2017
WAKTU SIARAN  :  Jumaat - Ahad, 7.00 malam
SIARAN TV  : Slot Widuri (TV1 – RTM)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS SKRIP  :  Baizura Kahar
PENGARAH  :  Johan Bahar
TERBITAN :  KL Motion Pictures Sdn Bhd 
PELAKON  :  Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Mustaqim Mohamed, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Marup Mustapah, Mariyah Osman, Kamsiah Sajat, Rina Md Nawi, Syazliana Suhahaimi, Siti Zaleha Zolkeply, Mohd Shahrul Hakimi, Noor Shaida Ali Sabarmisi, Jeff Hassan, Hafizh Alias, Mak Wan Latah, Zulkifli Mohd Salleh

WATAK PELAKON
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Haeriyanto Hassan seabagi Nasa
Mustaqim Mohamed sebagai Raof
Azhan Rani sebagai Fazial
Fariz Isqandar sebagai Faris
Wan Rania sebagai Sarah
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Azzahra Ahmad sebagai Ummi
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Tuan Azril
Marup Mustapah sebagai Tengku Husin
Mariyah Osman sebagai ibu Ummi
Kamsiah Sajat sebagai ibu Laila
Rina Md Nawi sebagai Khaty Lana
Syazliana Suhahaimi sebagai Suria
Siti Zaleha Zolkeply sebagai Makni
Mohd Shahrul Hakimi sebagai Rostam
Noor Shaida Ali Sabarmisi sebagai Rosnah
Jeff Hassan sebagai ayah Laila
Hafizh Alias sebagai Shahril

LAGU TEMA / OST AKU DI SISIMU  :
Tajuk Lagu  :  Kita
Penyanyi  :  Nieyl Mentor

SINOPSIS AKU DI SISIMU

Kisah dilema yang dihadapi oleh Laila, seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.


Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara ‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi ditegah oleh suaminya.
Laila cuba bekerja tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan suaminya. Bapa Laila yang bersimpati dengan Laila yang tidak bekerja telah menyerahkan geran tanah supaya Laila menjual tanah tersebut bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital yang sama En. Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh. Dia yang mengetahui Mira menerima ‘VSS’ menyarankan supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin terus dijagai oleh Mira.

Laila yang mula bekerja terpaksa berkejar-kejar setiap hari untuk menguruskan anak-anak, menyiapkan kerja di pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital. Mira yang bersimpati dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual-bual. Mira memberitahu dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila tetapi tidak cukup modal kerana kosnya tinggi. Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapat sokongan daripada ayahnya. Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Pelbagai halangan terpaksa mereka lalui.

Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit?

No comments:

Post a Comment

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...