JUDUL : MR. LONDON MS
LANGKAWI
JUMLAH
EPISOD : 16 episod
TARIKH
BERMULA TAYANGAN : 14 Februari 2018
WAKTU
SIARAN : Rabu - Jumaat, 9.00 malam
SIARAN
TV : Astro Warna 124 & Warna HD 132
PENULIS
NOVEL : Herna Diana
PENULIS
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH
: Nizam Zakaria
TERBITAN
: Global Station Sdn Bhd
PELAKON
: Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin,
Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam,
Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar, Wan Wala
WATAK
PELAKON
Zul
Ariffin sebagai Aidid Mukhlis
Izara
Aisyah sebagai Liyana
Amar
Baharin sebagai Ijam
Zahirah
Macwilson sebagai Milah
Yaya
Zahir sebagai Adira
Dato
Seri Shah Rezza sebagai Encik Azman
Liza
Abdullah sebagai Puan Mariam
Sharonizam
sebagai Azam
Watie
Sadali sebagai Salbiah
Ghazali
Abu Noh sebagai Haji Salleh
Kismah
Johar sebaga Hajjah Kamariah
LAGU
TEMA / OST MR. LONDON MS LANGKAWI :
Tajuk
Lagu : Istimewa
Penyanyi
: Aman feat Daiyan Trisha
SINOPSIS MR LONDON MS
LANGKAWI
Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin)
yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar
negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung
yang berjiwa besar cintakan tanah air.
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan
mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara
membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya
kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya
untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah
dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya.
Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang
ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang
digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?
Nurul Liyana - Liyana adalah salah
seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup
makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar.
Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga
angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah.
Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan
akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa
Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
No comments:
Post a Comment