Sunday, February 4, 2018





Nantikan drama bersiri adaptasi novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi. Menampilkan gandingan Hafidz Roshdi, Jaja Iliyes serta Aman Graseka. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman. Akan bersiaran mulai 4 Februari ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia TV3. 

JUDUL  :  PAPA NAK MENANTU 

JUMLAH EPISOD  :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  4 Februari 2018
WAKTU SIARAN  :  Jumaat - Ahad, 7:00 malam (bermula 3 Mac 2018, slot Dahlia diubah tayangannya pada hari Sabtu & Ahad)
SALURAN TV  :  Slot Dahlia TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Hasrudi Jawawi
PENULIS SKRIP  :  Mufid Suhaimi
PENGARAH :  Murali Abdullah & Chad Abd Rahman
TERBITAN  :  Zeel Production Sdn.Bhd
PELAKON  :  Jaja Iliyes DFKL, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Aedy Ashraf, Afiq Anuar DFKL, Rais Hazlin, Haliza Misbun, Hanis Nabila, Rais Hazlin, Cik Manggis, Sheila Mambo, Che Puteh, Fendi Seman, Iqa Roslan, Asyraf Dasley, Hani Marhani, Ezany Nizariff, Hairi Safwan, Ben Ali, Safwan Siddiq, Halmey Hamdan, Nashril Rosli, Nazir Jaafar, Rafishah Jaafar, Jawahir Jaafar, Safar Shuib, Khairil Anuar, Mohd Arif Abdullah (Buntat),

WATAK PELAKON
Aman Graseka sebagai Pak Saad
Hafidz Roshdi sebagai Azrin Aidil
Jaja Iliyes sebagai Syahirah
Aedy Ashraf sebagai Nazim
Sheila Mambo sebgai Salbiah
Cik Manggis sebagi Fatimah
Hanis Nabila sebagai Delyna
Rais Hazlin sebagai Dwan
Che Puteh sebagai Mak Gayah
Fendi Seman sebagai Pak Mat Tempe
Iqa Roslan sebagi Nabila
Asyraf Dasley sebagai Nazim
Hani Marhani sebagai Mak Eton
Ezany Nizariff sebagai Ezanny

LAGU TEMA / OST  :
Tajuk Lagu  :  Jatuh
Penyanyi  :  Sissy Imann

SINOPSIS PAPA NAK MENANTU 

Kisah Pak Saad yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah mencarikannya menantu sebelum dia sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yang sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe yang sudah berusia 55 tahun.

Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir dan Nabila. Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta. 

No comments:

Post a Comment

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...