Wednesday, September 26, 2018





Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL  :  TIADA ARAH JODOH KITA

JUMLAH EPISOD  :  28 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  13 Februari 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 7:00 malam (Bermula 2 Mac 2018, slot Akasia diubah hari tayangan dari Isnin hingga Jumaat)
SALURAN TV  :  Slot Akasia TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Ezza Mysara
PENULIS SKRIP  :  Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH  :  Eoon Shuhaini
TERBITAN :  Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON  :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Azzam Zamani, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania Humairah, Alis Mariya, Azzam Zamani, Alis Mariya, Elfaezah Ul Haq, Halimah Naim, Rafe Sumanteri, Puteri Adrianna

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST TIADA ARAH JODOH KITA  :
Tajuk Lagu  :  Kau Takdirku
Penyanyi  : Dato Siti Nurhaliza

Tajuk Lagu  :  Rahsia Tuhan
Penyanyi  : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. 

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Wednesday, February 14, 2018





Drama adaptasi novel Mr London Ms Langkawi karya Herna Diana akhirnya bakal ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Astro Warna. Drama yang dibikin pada tahun 2015 ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Saksikan kemunculan mereka bermula 14 Februari ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di Astro Warna saluran 124 dan Warna HD saluran  132.

JUDUL  :  MR. LONDON MS LANGKAWI

JUMLAH EPISOD  :  16 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  14 Februari 2018
WAKTU SIARAN  :  Rabu - Jumaat, 9.00 malam
SIARAN TV  :  Astro Warna 124 & Warna HD 132
PENULIS NOVEL  :  Herna Diana
PENULIS SKRIP  :  Shuhadatul Ain Zakaria 
PENGARAH  :  Nizam Zakaria
TERBITAN :  Global Station Sdn Bhd
PELAKON  :  Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar, Wan Wala

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Aidid Mukhlis
Izara Aisyah sebagai Liyana 
Amar Baharin sebagai Ijam 
Zahirah Macwilson sebagai Milah 
Yaya Zahir sebagai Adira 
Dato Seri Shah Rezza sebagai Encik Azman 
Liza Abdullah sebagai Puan Mariam 
Sharonizam sebagai Azam 
Watie Sadali sebagai Salbiah 
Ghazali Abu Noh sebagai Haji Salleh 
Kismah Johar sebaga Hajjah Kamariah 

LAGU TEMA / OST MR. LONDON MS LANGKAWI  :
Tajuk Lagu  :  Istimewa 
Penyanyi  :  Aman feat Daiyan Trisha  

SINOPSIS MR LONDON MS LANGKAWI

Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air.

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. 

Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. 

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?







Sunday, February 4, 2018





Nantikan drama bersiri adaptasi novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi. Menampilkan gandingan Hafidz Roshdi, Jaja Iliyes serta Aman Graseka. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman. Akan bersiaran mulai 4 Februari ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia TV3. 

JUDUL  :  PAPA NAK MENANTU 

JUMLAH EPISOD  :  20 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  4 Februari 2018
WAKTU SIARAN  :  Jumaat - Ahad, 7:00 malam (bermula 3 Mac 2018, slot Dahlia diubah tayangannya pada hari Sabtu & Ahad)
SALURAN TV  :  Slot Dahlia TV3
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Hasrudi Jawawi
PENULIS SKRIP  :  Mufid Suhaimi
PENGARAH :  Murali Abdullah & Chad Abd Rahman
TERBITAN  :  Zeel Production Sdn.Bhd
PELAKON  :  Jaja Iliyes DFKL, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Aedy Ashraf, Afiq Anuar DFKL, Rais Hazlin, Haliza Misbun, Hanis Nabila, Rais Hazlin, Cik Manggis, Sheila Mambo, Che Puteh, Fendi Seman, Iqa Roslan, Asyraf Dasley, Hani Marhani, Ezany Nizariff, Hairi Safwan, Ben Ali, Safwan Siddiq, Halmey Hamdan, Nashril Rosli, Nazir Jaafar, Rafishah Jaafar, Jawahir Jaafar, Safar Shuib, Khairil Anuar, Mohd Arif Abdullah (Buntat),

WATAK PELAKON
Aman Graseka sebagai Pak Saad
Hafidz Roshdi sebagai Azrin Aidil
Jaja Iliyes sebagai Syahirah
Aedy Ashraf sebagai Nazim
Sheila Mambo sebgai Salbiah
Cik Manggis sebagi Fatimah
Hanis Nabila sebagai Delyna
Rais Hazlin sebagai Dwan
Che Puteh sebagai Mak Gayah
Fendi Seman sebagai Pak Mat Tempe
Iqa Roslan sebagi Nabila
Asyraf Dasley sebagai Nazim
Hani Marhani sebagai Mak Eton
Ezany Nizariff sebagai Ezanny

LAGU TEMA / OST  :
Tajuk Lagu  :  Jatuh
Penyanyi  :  Sissy Imann

SINOPSIS PAPA NAK MENANTU 

Kisah Pak Saad yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah mencarikannya menantu sebelum dia sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yang sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe yang sudah berusia 55 tahun.

Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir dan Nabila. Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta. 

Wednesday, January 24, 2018




Nantikan drama bersiri adaptasi novel Dia Anak Jeneral karya Hezzy Azra. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama. Drama bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan akan bersiaran mulai 24 Januari ini, setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Selekta Prima di RTM-TV2. 

JUDUL  :  DIA ANAK JENERAL

JUMLAH EPISOD  :  26 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  24 Januari  2018
WAKTU SIARAN  :  Rabu & Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV  :  Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Hezzy Azra
PENGARAH  :  Khalid Nadzri
TERBITAN  :  A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON  :  Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Dato Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad Anuar, Azam Pitt, Mimi Ernida, Shafiq Bakhri, Hafiz Nolan DFKL, Taha Wahid, Mak Wan Latah, Elya Miera

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara 
Fatimah Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin

LAGU TEMA / OST  DIA ANAK JENERAL  :
Tajuk Lagu  :  Setia Menunggumu
Penyanyi  :  Sabhi Saddi


SINOPSIS DIA ANAK JENERAL

Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.

Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.

Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?

Monday, January 15, 2018





Nantikan drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. Menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Akan menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.

JUDUL  :  LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

JUMLAH EPISOD  :  32 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  15 Januari 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 10.00 malam
SALURAN TV  :  Astro Ria & Astro Ria HD
DURASI TAYANGAN  :  1 jam
PENULIS NOVEL  :  Siti Rosmizah Semail
PENULIS SKRIP  :  Rozie Rashid , PGRs Team, Ainaa Hanez
PENGARAH  :  Along Kamaludin
TERBITAN  :  SR One Sdn Bhd
PELAKON  :  Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Din Dangerous, Fathil Dani, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri, Zulkifli Mohd Salleh

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Adriana Adnan sebagai Farhana
Farez Ridzwan sebagai Azrul
Imam Shah sebagai Shafiq
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah (kecil)
Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
Adibah Noor sebagai Kak Kembong
Nazia Mustafar sebagai Tuti
Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim


LAGU TEMA / OST LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU   :
Tajuk Lagu  :  Kesilapanku Keegouanmu
Penyanyi  :  Dato Siti Nurhaliza

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Wednesday, January 10, 2018





Nantikan drama bersiri adaptasi novel Dia Segala Galanya karya Sha Ibrahim. Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Talha Harith dan ramai lagi. Drama ini dibawah arahan Abdul Azizi yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 10 Januari 2018, pukul 10.30 malam di TV1.

JUDUL  :  DIA SEGALA-GALANYA

JUMLAH EPISOD  :  13 episod 
TARIKH BERMULA TAYANGAN  :  10 Januari 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Khamis, 10.30 malam
SALURAN TV  :  TV1 (RTM)
DURASI TAYANGAN  :  30 minit
PENULIS NOVEL  :  Sha Ibrahim
PENULIS SKRIP  :  Yus Waisar & Abdul Azizi Awang Ghazali
PENGARAH  :  Abdul Azizi
TERBITAN  :  XSense Studios Sdn Bhd
PELAKON  :  Uqasha Senrose, Talha Harith, Arief Farhan, Ezaty Abdullah, Dato’ Eizlan Yusuf, Shazia Rozaini, Farisha Crossley, Aleza Shadan, Mak Wan Latah, Yus Waisar, Iskandar Zulkarnain, Salwa Razak, Elly Raja Lawak, Abu Bakar Omar

LAGU TEMA / OST DIA SEGALA-GALANYA  :
Tajuk Lagu  :  Terhakis
Penyanyi  : Aweera


SINOPSIS DIA SEGALA-GALANYA

Kisah sebuah keluarga yang penuh dengan rahsia yang tersimpan lama apabila anak lelaki mereka jatuh cinta terhadap seorang gadis yang menjadi anak angkat mereka sejak dari kecil lagi.

Suraya hadir dalam keluarga Datuk Rashid dan Datin Rafidah, namun kehadiran Suraya tidak dapat diterima oleh Faizul. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya. Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?


GAMBAR PELAKON  :








Monday, January 1, 2018






Nantikan drama bersiri Sejadah Untuk Dia yang akan ditayangkan di Astro Oasis. Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Adi Putra, Wawa Zainal, Tania Hudson, Ben Amir dan ramai lagi. Drama bersiri sebanyak 27 episod ini diarahkan oleh Rahili Ali dibawah terbitan produksi Skop Production Sdn Bhd. Akan mula bersiaran pada 1 Januari 2018. setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Maya HD saluran 135.

JUDUL  :  SEJADAH UNTUK DIA

JUMLAH EPISOD  :  27 episod
TARIKH BERMULA TAYANGAN :  1 Januari 2018
WAKTU SIARAN  :  Isnin - Rabu, 9:00 malam
DURASI TAYANGAN  :  30 minit
SIARAN TV  :  Astro Oasis & Astro Maya HD
PENULIS SKRIP  :  Ayuni Zamani
IDEA ASAL  :  Syamsul Yusof
PENGARAH :  Rahila Ali
TERBITAN :  Skop Production Sdn Bhd
PELAKON  :  Adi Putra, Wawa Zainal, Ben Amir, Tania Hudson, Rashidi Ishak, Rahim Omar, Noor Khairiah, A.Galak, Marissa Yasmin, Aleza Shadan, Nor Albaniah, Shahronizam Noor, Reza Hasbi, Abil, Jay Iswazir, PU Rizz (Rizz Ismail), Nik Alias

WATAK PELAKON 
Adi Putra sebagai Alif
Wawa Zainal sebagai Zara
Ben Amir sebagai Kamal
Rashidi Ishak sebagai Rizal
Tania Hudson sebagai Suraya
A.Galak sebagai Hj Omar
Marissa Yasmin sebagai Mariana
Noor Khiriah sebagai Aishah
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zuraida
Shahronizam Noor sebagai Tan Sri Musa
Rahim Omar sebagai Dato Rahim
Abil sebagai Zakwan

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu  :  Terbuang Dalam Pelukan
Penyanyi  :  Bob Yusof

Tajuk Lagu  :  Akhad (Satu)
Penyanyi  :  Fahmie Zein


SINOPSIS SEJADAH UNTUK DIA

Alif seorang bekas banduan yang kini sudah kembali ke pangkal jalan. Namun selepas dia dibebaskan Alif dapat tau yang ibunya Mariam meninggal dunia semasa dia didalam penjara. Kehadirannya juga tidak diterima baik. Alif dihalau keluar dan diingatkan untuk tidak mencari mereka lagi.

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin...

VILLA MALAY ENTERTAINMENT/DRAMA: Nantikan drama adapatasi novel MakmumYang Palin... : Nantikan drama adapatasi novel Makmum Yang Paling A...